|
|
Pagi ini, Ahad 1 November 2009, saya ke masjid berdekatan dengan rumah saya di Taman Kosas Ampang untuk solat suboh berjemaah diikuti dengan mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Safuan.
Apa yang disampaikan selain daripada perkara-perkara lain adalah mengenai dengan daging ayam "bandar" yang selalu kita makan.
Tidak berapa lama sebelum ini heboh juga kita mendengar berita mengenai dengan kisah ayam-ayam "bandar" yang tidak disembelih yang dijual di pasaraya dan kedai-kedai runcit.
Sekarang ini pula Ustaz itu mengatakan bahawa kajian yang dibuat oleh seorang doktor ke atas makanan yang diberikan kepada ayam-ayam "bandar" menunjukkan bahawa 60% dari bahan makanan ayam itu mengandungi tepung yang diperbuat dari tulang binatang. Tepung tulang binatang ini diimport dari Thailand. Kajian seterusnya yang dibuat ke atas kilang itu menunjukkan bahawa kilang itu mengisar tulang-tulang daripada semua jenis binatang, termasuk tulang babi (khinzir). Maka Ustaz menasihatkan supaya janganlah memakan daging ayam "bandar", sebaliknya makanlah daging ayam kampung atau ayam organik.
Seterusnya, Ustaz itu mengatakan bahawa hormon yang dicampurkan ke makanan ayam untuk mempercepatkan ayam-ayam itu membesar juga merangsangkan sel kanser di badan manusia untuk membiak. Jawapan yang diberikan oleh pesakit-pesakit kanser ke atas soalan yang ditujukan kepada mereka mengenai dengan makanan kegemaran mereka adalah "ayam".
Ustaz itu juga mengatakan bahawa kebanyakan "fish ball" dan "fish cake" yang dijual di pasaran mengandungi "plasma" dari darah binatang yang telah dikumpulkan dan diproses setelah binatang-binatang itu disembelih. Oleh kerana memakan darah adalah haram dalam Islam, maka Ustaz itu menasihatkan supaya berhati-hati bila membeli "fish ball" atau "fish cake" di pasaran.
Apabila badan kita mengandungi benda-benda dari makanan-makanan yang haram, maka doa kita kepada Allah SWT tidak akan dikabulkan, seperti yang disebutkan di hadith berikut:-
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, "Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.” (Riwayat Muslim)
Categories: None
The words you entered did not match the given text. Please try again.
Noria says...
... kalau ayam tu laju jer mereka makan...
Oops!
Oops, you forgot something.